Saturday 30 July 2011

Cinta Dalam Kehidupan...

Ada hal-hal yg tdk ingin kita lepaskan&ada org yg tdk ingin kita tinggalkan. Tapi ingatlah, melepaskan bukan berarti akhir dari segalanya, melainkan awal dari kehidupan yg baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yg menangis, untuk mereka yg tersakiti, untuk mereka yg mencari dan mencoba. Karena merekalah yg bisa menghargai betapa pentingnya org yg telah menyentuh kehidupan mereka.

Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi kamu masih peduli padanya. Cinta adalah ketika dia tidak memperdulikanmu, kamu masih menunggu dgn setia.

Bila cintamu tidak berhasil, bebaskanlah hatimu melebarkan sayapnya &terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, kamu mungkin menemukan cinta & kehilangannya. Tapi saat cinta itu dimatikan kamu tdk perlu mati bersamanya. Org yg terkuat bukanlah org yg selalu menang dlm segala hal. Tapi mereka yg tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana perjalanan kehidupanmu, kamu akan belajar ttg dirimu sendiri&suatu saat kamu akan menyadari bahwa penyesalan tidak seharusnya ada dlm hidupmu.

Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang karena menyadari bahwa org itu akan lebih bahagia bila kita melepaskannya. Tapi, bila kamu benar-benar mencintainya, maka jangan dgn mudah kita melepaskannya. Berjuanglah demi cintamu, itulah cinta sejati.

Lebih baik mengunggu org yg benar-benar kamu inginkan daripada berjalan dgn org2"yg tersedia". Lebih baik menunggu org yg tepat karena hidup ini terlalu berharga&terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya "seseorang" atau dibuang dengan org yg "tidak tepat". Ingatlah, org yg tepat tdk selamanya merupakan org yg kamu cintai saat ini. tapi bila kamu membuka hati untuk org yg tepat, maka cinta itu akan tumbuh dgn sendirinya, dan kebahagiaan akan lahir diantaranya.

Tataplah matamu dicermin, & lihatlah matamu. Dari situ akan terpancar seluruh isi hatimu dan kebenaran akan dapat kamu lihat dari situ. Bersabarlah untuk sebuah kebahagiaan. Cintailah org yg seharusnya kamu cintai. Agar cinta itu membawa kebahagiaan. Sangatlah sukar belajar mencintai org yg tepat. Namun kesukaran itu tidak sebanding dgn kebahagiaan yg terdapat didalamnya.

Thursday 2 June 2011

Terlalu Lama Memendam Perasaan..............

Terlalu lama ku pendam
Semua rasa ini padamu
Kini ku sudah tak tahan
Ku ingin kau tau semua..
Aku lebih dulu mencintaimu
Aku lebih dulu mengenalmu
Bukannya dia..
Cinta itu harus diungkapkan
Cinta itu harus memiliki
Tak kan kulepaskan dirimu
Memang tinggi egoku
Namun.. ingin ku miliki dirimu..
Demi cinta yang t`lah lama ku pendam
Demi mengganti semua pengorbanan
Yang t`lah ku lakukan untukmu
Kau harus jadi milikku..

Sunday 8 May 2011

Nasihat Ibu Kepada Anaknya Tentang C.I.N.T.A


Saya bertanya kepada ibu, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "

Si ibu m'jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang.. ibu mengukir senyuman.


"Pilihan hati mama adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Si ibu trdiam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya hati si ibu dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mama sedangkan sekilas saya pun mama mampu membacanya. "Yang paling tahu hanya Allah.." Si ibu merenung dalam-dalam wajah anaknya. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " Si ibu menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Si ibu menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."  Si ibu menyambung lagi, "begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.." Wajah saya merah, sedikit cemas jika mama dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Si ibu menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" Si ibu berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. mama buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

"Kakak, mama dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mama dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mama tekad tak mahu layan sebab mama takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mama sedar mama anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mama nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mama.. Akhirnya mama bagi kata putus, mama hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mama.. Dan dia memang bukan jodoh mama, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." mama merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada mama, semakin berminat dengan kisah lama mama..

"Mama memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah ibu. Mama ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mama tak pernah bagi peluang pada diri mama untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mama takut pada Allah. Mama bukan seperti rakan sebaya mama yang lain.. Mama, seperti kakak.." ibu memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. 
Si Ibu berkata,
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.." Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah ibu. Ibu meneruskan, "Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." ibu berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak ibu menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak.. jadi di sini mama nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk ibu ayah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . " 

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. " Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.


Ibu menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan ibu sangat-sangat kuat. "Mama dah didik anak mama dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang mama serahkan anak mama yang mama sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Ibu mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.....







Tuesday 3 May 2011

Luahan Hati Seorang Wanita...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.So janganlah kamu terlalu serius bila bersama wanita yg disayangi.Pamerkan sikap kamu yang romantik dan bergurau senda bersama mereka supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dalam perhubungan.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

20. Bila setiap kali gambar keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki boleh muncul dalam fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang merekadan baik terhadapnya.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa